Tuesday, 4 September 2012

MAKLUMAT DARI PPD PIHAK SEKOLAH SILA MAKLUM

SEMINAR PENULISAN PUISI TRADISIONAL (GURINDAM)
Posted by Abdulhadipppdictppds on 03/09/2012 21:22


Rujukan:AHI/ICT/06/03092012


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah
Daerah Seberang Perai Selatan

SEMINAR PENULISAN PUISI TRADISIONAL (GURINDAM)

Adalah dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa BTPN Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan seminar berkenaan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 6 OKTOBER 2012 ( Sabtu )
Masa : 8.30 pagi – 12.30 tgh hari
Tempat : BTPN Pulau Pinang


3. Seminar ini terbuka kepada semua GPM/ AJK PSS yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu khasnya atau GPM lain yang berminat menyertainya.

4. Sehubungan itu jasabaik dan kerjasama tuan/puan dipohon untuk memaklumkan perkara berkaitan kepada pihak berkenaan dan mendapatkan maklumat peserta daripada sekolah tuan/puan. Bilangan peserta tidak terhad. Maklumat yang diperlukan ialah nama peserta, nombor kad pengenalan, gred jawatan dan nama sekolah (sila gunakan template yang dilampirkan-(sila muat turun di laman e-Pengurusan Fail PPD Selatan->DOKUMEN PENTING UNTUK DIMUAT TURUN DAN TINDAKAN->03 SEPTEMBER 2012-8.00 PAGI). Semua maklumat peserta hendaklah dihantar melalui emel kepada En. Osman Ahmad (osman.btpnpp@moe.edu.my) sebelum 6 SEPTEMBER 2012. Makanan dan minuman disediakan. Tiada tuntutan perjalanan.
Extended News
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Pn. Hindon bt. Ahmad di talian 04-5736901.

0 comments:

Post a Comment

 
Dicipta Oleh | Hanini Sa'aid - |