UNIT KOKURIKULUM


PERANCANGAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH


1.         SENARAI TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

1..1      Mukadimah

Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.  Dengan itu,  Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi penglibatan dan penyertaan murid serta guru dalam aktiviti kokurikulum bagi mencapai Wawasan 2020.

1.2       Bidang Tugas

1.2.1 Menjalankan tugas-tugas Pengetua/Guru Besar semasa ketiadaan  Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan I dan Guru Penolong Kanan II.

1.2.2       Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua/Guru Besar.

1.2.3  Bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan kokurikulum termasuk sidang petang.

1.2.4        Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah.

1.2.5   Membantu Pengetua/Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk sidang petang.

1.3       Senarai Tugas

                        1.3.1    Kokurikulum

                                    a.         Persatuan Dan Kelab

                                                          I.    Merancang kegiatan persatuan dan kelab
                                                        II.    Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
                                                       III.    Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
                                                      IV.    Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah

                                    b.         Pasukan Pakaian Seragam

                                                          I.    Merancang kegiatan pasukan pakaian seragam
                                                        II.    Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pasukan pakaian seragam
                                                       III.    Menyelia kegiatan pasukan pakaian seragam
                                                      IV.    Menyelaras aktiviti-aktiviti pasukan pakaian seragam di dalam dan di luar sekolah.

                                    c.         Kelab Sukan Dan Permainan

                                                          I.    Merancang kegiatan kelab sukan dan permainan
                                                        II.    Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan kelab sukan dan permainan
                                                       III.    Menyelia kegiatan kelab sukan dan permainan
                                                      IV.    Menyelaras aktiviti-aktiviti kelab sukan dan permainan di dalam dan di luar sekolah.

1.3.2    Pentadbiran

a.      Menyelaraskan proses penubuhan kelab dan persatuan sebagaimana mengikut Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196 bertarikh 21hb. Mei 1998.

b.     Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum sekolah

c.          Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum

d.       Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan kokurikulum telah diambil.

e.     Membantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal kokurikulum.

f.          Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah dengan mematuhi Peraturan (Melancong) Sekolah 1957.

g.        Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah (saperti Hari Kokurikulum Sekolah).

h.         Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian.

                                    i.          Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.

j.          Memastikan rekod dan data kokurikulum disenggarakan dan dihantar sesalinan ke Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Pendidikan Johor..

k.         Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan kokurikulum.

l.          Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam  kegiatan kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.

m.        Menyelaras pungutan, pembayaran dan tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad

n.         Merancang aktiviti kokurikulum untuk murid-murid selepas peperiksaan dan semasa cuti sekolah.

1.4       Tugas-Tugas Lain

1.4.1    Menanggotai Jawatankuasa-Jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua/Guru Besar dari masa ke semasa.

1.4.2    Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua/Guru Besar dari masa ke semasa.

 
Dicipta Oleh | Hanini Sa'aid - |