SEJARAH SEKOLAH



Sekolah ini mula dibina pada pertengahan tahun 2001 dan siap sepenuhnya pada Disember 2002. Pada awlnya, sekolah inindikenali dengan nama sekolah Wawasan Seri  Tasek dan kemudiannya ditukar nama oleh pihak JPN kepada SK Tasek Permai dan SJK(T) Tasek Permai.

Sekolah  ini merupakan Sekolah Wawasan yang pertama di Pulau Pinang. Ianya terdiri daripada 2 buah sekolah iaitu SK Tasek Permai  dan SJK(T) Tasek Permai. SK Tasek Permai merupakan sekolah baru yang memulakan operasi pada 01 Januari 2003 manakala SJK(T) Tasek Permai dulunya dikenali dengan nama SJK(T) Ladang Simpang.

SK Tasek Permai telah mula beroperasi dengan seramai 23 orang Guru, 458 Murid dan seorang Pembantu Tadbir. Guru Besar pertamanya ialah Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Jamaludin. Pada 26 Julai 2004, sekolah ini telah berpecah dan sebahagian pelajar dan gurunya telah berpindah ke sekolah baru iaitu Sekolah Bandar Tasek Mutiara yang terletak hanya 1.5km dari Sekolah Kebangsaan Tasek Permai.

 
Dicipta Oleh | Hanini Sa'aid - |